Stemcell
Dr awal Jua disahkan pregnant, my Bie seriously buat research about stemcell. Mula2, Jua tak berapa setuju, yelah benda ni baru dengar n tak popular lg kat Malaysia. Then, we had a discussion with a couple of stemcell consultants. Hatta, terus Jua sokong 110% planning my Bie for 'bakal' baby. Urusan stemcell ni melibatkan cost yg agak tinggi, kami betul2 buat research yg terperinci dari segi nak pilih company yg provide a good service to bank my baby stemcell. Here are some of the stemcell companies in Malaysia:
- StemLife
- Cyrocord
- CellSafe
Sgt pening kepala tau! Kami terpaksa fokus dari segi benefit yg ditawarkan, medium/casing yg digunakan utk simpan stemcell, tempoh masa penyimpanan, bayaran bulanan. Setiap company sgt2 berbeza..mmg sakit kepala otak nak fikir dan wat decision. Ada company yg tawarkan cost yg berbeza kalau simpan stemcell dlm Cryobag or Cryovials .
Lepas bertungkus lumus buat research kebaikan stemcell and apa yg ditawarkan setiap company.. kami setuju tuk enroll dgn StemLife.
- RM5000 bayaran yg dikenakan utk penyimpanan selama 21tahun. Maknanya sehingga Faris berumur 21tahun. Sgt berbaloi.
- Package yg kami amik ni termasuk sekali insurance yg akan tanggung perbelanjaan kajian dan perubatan sekiranya Faris, Jua atau my Bie nak guna stemcell yg disimpan. Apa yg kami tau perbelanjaan kajian susulan bila nak guna stemcell yg disimpan agak tinggi juga.
- StemLife adalah Stemcell banking yg PERTAMA & TERBESAR di Malaysia. Diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan. Ramai nama-nama besar dah simpan stemcell dgn StemLife.
- Waktu kami enroll tu, stemcell Faris akan disimpan dlm Cryobag. Sekarang ni dah boleh pilih nak simpan dlm Cryobag atau Cryovials.
- Discount utk penyimpanan stemcell bg anak seterusnya. Harap2 kami masih berkemampuan utk simpan stemcell adik-adik Faris. Amin..
Alhamdullilah, kami bersyukur sbb apa yg kami dan decided mmg sgt2 berbaloi dan tepat. My Bie dgn kepala matanya sendiri tgk & menjadi saksi macammana Doc Jua amik darah dari tali pusat Faris. Waktu tu Faris masih terkebil2 terkejut dgn 'dunia baru', terlentang bogel atas katil tempat dia dilahirkan dan uri masih dlm perut Jua lagi.
Kalau ada masa, Jua akan ceritakan kebaikan stemcell dari apa yg kami discuss dgn consultants. Parents yg rasa berminat dgn stemcell, Jua cadangkan buat research yg mendalam dan bincang dgn partner korang.
Kita cuma merancang dan berusaha, Allah yg MAHA berkuasa menentukannya. Tp, sekurang-kurangnya DIA mengetahui yg kita sbg ibu bapa telah berusaha.
|