Sebelum Faris dilahirkan, saya bertekad utk membesarkan Faris dgn susu ibu. Saat saya menyatakan azam itu pd suami, dgn penuh rasa terharu dia mengucapkan terima kasih pd saya kerana azam itu adlh sebahagian harapannya utk membesarkan Faris. Tp, suami tak mahu menyuarakan keinginan itu pada saya, takut2 saya merasa tertekan sepanjang kehamilan itu. Suami lantas membeli manual breast pump set dari Avant sbg tanda menyokong impian saya.
Ketika kesakitan mencanak2 saat ingin melahirkan Faris, suami masih tidak lupa membawa set pump bersama kelengkapan lain ke hospital. Apakan daya, susu saya tidak mahu keluar sedangkan saya menanggung bengkak yg teramat didada. Kesungguhan suami tidak terhenti, setiap 2jam dia akan meminta kebenaran jururawat utk membawa Faris ke ward utk disusukan (walaupun tiada susu). Saya nampak kerisaun diwajahnya tika itu. Mungkin risau kerana sakit bengkak yg saya tanggung dan juga kerana anaknya masih belum berkesempatan merasa titisan susu ibu.

Pulang kerumah, susu masih berdegil menahan utk tidak keluar. Tika itu, kedua-dua belah tgn saya tidak mampu utk bergerak kerana bengkak susu telah melarat ke bhgn ketiak. Suami tidak sng duduk dan segera mencari tukang urut yg pandai selok belok mengurut susu. Masuk hari kedua berurut, Alhamdulillah..susu keluar mencurah2.
Berkali-kali saya menahan air mata dari menitis setiap kali saya melihat kesungguhan suami membantu saya sepanjang kehadiran Faris. Sejak dari hari Faris hadir dlm hidup kami, suamilah yg menyediakan kelengkapan pump setiap kali saya ingin mengepam, dia jugalah yg membasuh botol2/pump hinggalah ke mensteril. Hingga kini (hari ini), bila saja suami tidak 'bekerja luar', dia dgn rela menghulurkan bantuan melakukannya. Saya hanya perlu menunggu pump disediakan..kemudian mengepam. Habis sessi mengepam, suami akan melabel & menyimpan stok2 susu tersebut. Kdg2 saya sendiri naik segan dgn apa yg dilakukan suami. Tp, baginya ini sahaja cara dia menunjuk kasih syg dan berterima kasih atas kepayahan yg saya lalui utk menyusukan dan menjaga Faris terutama bila ketiadaannya. Kerana itu juga, dia menghadiahkan saya IQ UNO. Kerana itu jugalah, apa saja keinginan dan kehendak saya dipenuhi.
Ada ketika saya begitu sedih dan mengalah bila Faris menolak utk minum susu yg telah disimpan dari botol. Banyak stok2 yg disimpan terpaksa dibuang begitu saja. Faris lebih selesa dgn ne-nen. Namun, dibelakang saya..suami lah penguat semangat saat2 saya hampir jatuh. Dari dia saya belajar erti pengorbanan. Saya biarkan, pejam mata, buang jauh2 rasa marah setiap kali usaha utk memujuk Faris minum dari botol gagal dan akhirnya susu itu dibazirkan begitu saja. Mak saya selau bertanya, kenapa perlu dipam lagi kalau anak takmau minum botol.. Saya tahu saya perlu terus mengepam utk mengekalkan production susu saya. Lebih2 lagi sekarang ni Faris sudah mula mengambil solid. Suami sedaya upaya memberi kekuatan kpd saya untuk meriliasasikan azam kami, maka saya juga harus terus berusaha. Utk memastikan susu saya tidak berkurangan, saya minum soy protin yg dibeli oleh suami setiap hari. Dan tak lupa juga horlicks+oat, air longan kering, sup lobak putih seminggu sekali.
Saya bersyukur, Faris masih lagi kekal menikmati susu ibu sehingga ke hari ini. Selagi disisi saya adanya suami, selagi selera Faris tidak berubah dan yg penting selagi Allah mengizinkan..insyaAllah saya akan meneruskan penyusuan ibu kpd Faris sehingga Faris berumur 2 tahun.
-
|