Mula2 kasi post entry yg terlupa ni..
Apa Faris dah boleh buat(End of Month 7):
- Minum guna straw. Akhirnya apa yg mama ajar sudah berjaya!
- Turun katil/sofa sendiri. Yg nih pun mama ajar. hihi =)
- Sudah boleh bertatih (dgn bantuan).
- Sudah pandai sepak bola. credit to MakTok sbb ajar Faris.
- Dah pandai buka kasut sendiri. Mama kena cari kasut bertali lps ni.
Facts about Faris:
- Faris tak suka pakai topi. Rasa cam nak lelong sume topi2 yg terbeli itu.
- Sangat suka duduk dlm walker. Untung mama, senang nawat kerja.
- Tp tak suka duduk dlm stroller. Mahal tau ma & pa beli stroller ni sayang.
- Juga tak suke duduk dlm car seat. Ni peel menjak2 dah cerdik bijak. Dulu takesah pun =(
- Suka kawan dgn bebudak yg dah pandai berjalan/berlari. Ingat dia boleh join le tuh.
- Kalau ada papa, dah tak pandang mama kecuali bila nak ne-nen. Aku hanya sandaranmu. Sob sob..
- Apa yg mama pegang, semua dia nak control & rampas. Mama confirm kalah lawan gn awk.
- Susah nak gelak, tapi mudah senyum.
- Suka tengok & tak kacau org lain sembahyang tapi tak boleh tgk mama sembahyang. Adus..
- Bagi sign tuk satu2 progress awl, tp nak dpt lambat. Tunjuk tanda nak meniarap, merangkak, duduk, tumbuh gigi sgtlah awal, tp kena tunggu 1-2 bulan baru betul2 dapat. Takpolah, mama setia menanti.
- Ada ciri2 kedek skit. Toys dia, org lain (baby/friend) takleh main.
- Tak suka pakai diaper & baju lepas mandi.
- Tak makan bubur yg dimasak sekali dgn sup sayur/ayam. Nak kena asing. Jenuh mama.. satu periuk asing utk bubur nasi kosong, satu periuk lagi utk sup.
- Bila nak ne-nen, Faris akan buat sound a.k.a alarm yg sgt menghiburkan. Nanti2 Jua rakam kasi dengar key.
- Hanya akan tidur bila disumbat ne-nen. Botol tak main ar. Ne-nen gak jadi pilihan hati.
* pstt..psttt..sila abaikan tudung yg tidak matching langsung dgn baju tu ek. =)
|