Takde siapa kat dunia yg nak hal rumahtangga dan bab2 jaga anak, org luar masuk campur; tak kiralah mak bapa sendiri atau mentua. Jua semenjak dah kawin dan punya Faris, kdg2 ter emo gak bila ada org mempertikaikan apa yg Jua buat, lagi2 ditokok tambah dan dibanding2 dgn cara mereka uruskan anak2 dan suami. Tp, emo tuh sekejap aja. Bila Jua duduk, fikir, muhasabah diri..Jua sedar ada pesanan, ingatan dan kata2 mereka yg sgt berguna.
Ada perkara kita harus pertimbangkan dan bukan bulat2 menolak. Terpulang pada individu tu sendiri, kalo rasa nak corakkan citra rumahtangga anda tanpa perlu pandangan dan nasihat org luar, itu hak anda. Tp, bg saya..saya memerlukan org2 yg lebih berpengalaman, lebih makan garam utk membantu saya. Cara Jua, saya dgr..saya terima pendapat mereka..kemudian saya tapis. Siapa kata pesanan mereka tak berguna..
Hubungan keluarga
- Makan & Minum (pesanan emak)
Beberapa hari sblm kawin, berkali2 mak duk pesan "Akak, sblm hang buat makan minum laki gn anak2 hang pastikan bdn hang BERSIH. Kalo hang "tut"(censored yer! paham2 le) JANGAN gi buat makan minum kat anak laki hang selagi hang tak mandi hadas besar. Rumah tangga duk hancur bilau, laki bini gaduh sesama sendiri, anak2 lawan mak bapak nih le salah satu puncanya sbb si mak tak jaga cara dan amalan sediakan makan minum".
Ya! Jua amalkan sehingga ke hari ini.
Mak pesan lg " JANGAN duk kerap makan kat luar. Malas mcm mana pun usahakan masak sendiri. Waktu mak besarkan hang gn Zehan, duk beli mkn kat luar sbb sibuk kerja. Tgkle hasilnya, kuat melawan aku (saya akui). Alia gn Adam, mak start masak sendiri..tgk le camne beza dorang dua gn korang berdua(saya akui byk bezanya)" Lg mak pesan "Nikmat isteri masak, suami rindu n selalu igt bini"
Saya masih mencuba perbaiki diri.
Ada lg mak pesan "Nak mula basuh beras, mulakan gn Bismillah dan Selawat. Supaya Allah bg keberkatan dan kekuatan dlm hubungan rumahtangga melaui air tgn hang"
Saya sentiasa amalkan.
Hubungan dgn suami
- Keluar rumah (pesanan Atok)
"Bila hang nak keluar..lebih2 toklaki (org Kedah panggil suami = toklaki yer) hang kerja camni, elok2 minta izin dia." Tiap kali sblm myBie 'kerja luar', saya akan bgtau "Bie, kalau sy nak ke kedai, Ipoh, shopping2..bie bg tak" Tp, bila pergi jauh2..saya sebolehnya anta email/call myBie minta izin.
Ada sekali tu, myBie tak sihat. Should be myBie kena amik Alia blk dr school, since dia sedap tidur, Jua tak kejut n terus keluar g amik Alia dgn kereta. Otw blk kerumah, saya n Alia kemalangan. Sgt teruk. Hancur kereta Abah. Dan menjak tu, sy tau betapa pentingnya minta izin suami.
- Ciuman
Bg Jua, kasih syg cintan cintun suami isteri boleh dieratkan hanya dgn satu perbuatan yg simple je. Kdg2 myBie n sy xmasuk tidur sekali, kdg2 dia awl dan.. kdg2 sy lak tidur awl. myBie tak pernah lupa utk kiss saya n Faris dipipi samada sblm dia masuk tidur (kalo dia tido awal) atau tgh Jua tido (kalo dia tdo lewat). Dan bila bgn pagi, kalau Jua bgn dulu.. saya akan kiss myBie n Faris. Camtule sebaliknya kalau myBie bgn dulu.
Hubungan dgn Anak
- Salam (pesanan mak)
Tak ramai ibu2 zmn sekarang memandang salam itu penting. Rata2 si ibu lebih berbangga kalau si anak pandai buat 'bye-bye" (saya pun sama ar 2x5). Lepas ditegur mak, saya mula ajar Faris cara bersalam seawal umurnya 5bulan. Saya pegang sebelah tgn Faris, hulur pada org yg lebih tua..kemudian tarik tgn Faris yg tgh bersalam dgn org tua dan letak dibibirnya. Mmg mula2 susah nak bg Faris paham, kalau dilatih hari2 (sekurang2nya salam org2 dlm rumah) lama2 si anak akan paham. Alhamdulillah, sekarang bila disebut "Salam..Faris", dia sendiri hulur tgn.
- Assalamualaikum
Berat sgtkah nak sebut "Assalamualaikum". Kita Islam (walaupun sy tak le alim), Assalamualaikum tuh kan indah. Kenapa nak mulakan hari anak anda dgn "Hi! Gud morning". Tak salah berbahasa london tuh, cuma kan lebih manfaatnya bila si anak buka mata kita ucapkan "Assalamualaikum sayang" pastu nak ckp london ke, tamil ke sukaati le. Tak rugi jadikan ini amalan.
- Sembahyang
Nak meluntur buluh biar dr rebungnya. Ditegaskan disini "saya tak le alim".. tp saya nak anak2 saya mendalami erti Islam. Sebelum sembahyang, saya akan bgtau Faris "Faris, mama nak sembahyang ni". Letak dia dlm cot atau myBie pegang Faris tika saya sembahyang. myBie biarkan dia tgk saya sembahyang sambil bgtau Faris yg mamanya tgh "Allahuakbar". Dan saya sgt gembira sbb amalan kami ni bawa hasil, Faris sgt suka tgk org bersembahyang. Bila dgr jek kita sebut "Allahuakbar" dia akan angkat sebelah atau kedua2 tgnnya letak ditelingga gaya org azan.
- Jatuh
Ibu mana tak syg anak kan! Tp syg tu biarlah berpada2. Bg saya, saya nak Faris membesar dgn pengalaman. Biar dia tau menilai baik buruk dgn pengalaman. Kalau ikutkan mak & mil, tak boleh langsung Faris terguris atau terhantuk sedikit (al-maklumlah, cucu sulung). Ini sy xsetuju. Faris ni jenis manja. Jadi nak kena handle dia dgn cara lain. Setiap kali dia terjatuh, terhantuk, terlanggar apa2 lagi TER lah.. saya n myBie xkan cepat melatah. Kalo ikut mak & mil, Faris terhantuk sikit kat kerusi cepat2 dorang "adoi! cucu aku!" "opocot!".. dah le budak tuh manja kan, apalagi, bila dgr ada org tegur..sakitnya sikit jek tp ngada yg lebih..sakan ar melalak. Kalo ikut sy & myBie dia jatuh/terhantuk..kami tahan diri dr melatah, tgk je dia, tgk respon dia..pastu br amik dan usap2 kt tempat sakit. Heh, xdelak nak melalak meraung walau sakitnya mmg betul2 sakit. Gayanya Faris ni kalo terjatuh jgn ditegur, kang jd lg ngegader. huhuu...
- Exploring
Hidup melalui pengalaman! Kami biarkan Faris menerokai dunianya. Kalau diikutkn mak & mil, jgn bg langsung Faris main kat laci atau pintu..takut terkepit kata mereka. Benar! Tp sampai bila nak menahan nafsu si anak nak tau apa ada dlm laci..apa ada belakang pintu. Yg penting sbg mak bapa, kita perhati dan ikut sama waktu si anak tgh bermain gn benda2 yg mungkin bwk bahaya padanya tp bagi seribu pengalaman pd mereka. Kalau terkepit, biar dia rasa erti sakit supaya dia tau "ooo..kalo aku main kat sini, buat camni nnt jari aku sakit". Kan dia dah belajar sesuatu. Janganler pulak, bila si anak gatal tgn nak rasa periuk panas kita but donoo aje. Mau ke hospital lak nnt. Sy bg Faris rasa cawan yg berisi air suam...dah rasa panas dia sendiri tarik tgn. Tau pun..
- Pesan-pesan
Ini amalan Kak iza (jiran sblh rumah). Anaknya; Danial main lari2 sekeliling meja kaca mak sy dirumah. Kak iza pegang Danial n berkata "Danial, igt mommy pesan..nih kaca(sambil pegang meja), bila kaca pecah boleh luka, bila luka nnt Danial sakit". Danial (br belajar ckp) "aaa, ace...cah..kit" -> haaa, kaca..pecah..sakit. Terus Danial xmain kat meja tu dah.
"Nak makan kena basuh tgn dulu"
"Minum kat sini pelan2, kalau tumpah baju Danial basah tau"
"Ni sampah, Danial. Sampah tu kotor byk kuman"
"Nak main kena pakai kasut. Nnt kuman masuk, Danial sakit..mommy susah"
Kak iza ajar benda ni sejak Danial mula merangkak. Dipesan berkali2 supaya Danial faham. Dan, inilah hasilnya. Berbaloikan.
Saya tgh mempraktikkan pada Faris.
Jua masih baru dlm hidup berkeluarga. Tak salah berkongsi pesanan dan amalan kalau ia membawa kebaikan. Tak semua dari buku & dunia siber tuh boleh diikut. Samalah juga dgn pendapat org yg lebih dulu dr kita. Mana yg baik, kita amalkan.
Ada tips lain, sila kongsi2 yer...Jangan le kemut sorang2. =)
|