mommy farhah bagi assignment lor..
my 10 most SIGNIFICANT first times are:
1) MENGANDUNG
Ada org ckp kalau natau mengandung ni berat & payahnya camana cuba letak sebiji buah tembikai dlm baju. Oh tidak!. Takat buah tembikai tuh mudah je. Tu belum lg rasa mual, muntah, pening, sakit pinggang, lenguh kaki, susah nak tidur, sakit urat.. Tapi itu semuanya indah lebih2 lg bila dah bertungkus-lumus hampir setahun baru dpt hasil.
2) BERANAK
No epidural! Awal mengandung dah tekad takmo epi + mak & mak sedara suruh rasa pengalaman sakit bersalin mcm org lama. Jua nak rasa camne sakitnya mak lahirkan Jua. Nikmat menahan sakit every cotraction levels & meneran, semua tuh pengalaman yg susah nak diceritakan. Waktu doktor jahit tang bawah tu lg sakit drpd sakit beranak. Isk isk..
3) KAHWIN
Indahnya ler bila igt zaman awal2 kahwin. Takmo kahwin kali ke2, ke3...nak yg ni jek. Amin.
4) BREASTFEEDING
Saya sua, Faris isap...Saya sua, Faris isap. Seronok tgk Faris membesar dgn nikmat ne-nen. Sampai mak dan abah saya pun kagum dgn kesungguhan saya.
5) LARI DARI HOSPITAL
Hahaha, adake patut esok nak bertunang..mlm tu kena appendicitis. Siap doktor nak wat operation esoknya. Weh, aku nak bertunang ar. Abah nak suh sarung cincin dlm ward je kisahnya, tapi jam2 tuh gak bila doktor wat checkup..saya ngaku tak sakit sbb nak balik bertunang. Siap bertunang n sarung cincin dgn IV needle kat tgn. Bila family myBie blk, terus cramped satu badan..hamik, terus masuk ward blk.
6) KEMALANGAN
Hancur MPV abah. Ni gara2 keluar rumah tak minta izin myBie, hamik cash terus ALLAH kasi. Nasib baik abah sayang anak, tak mintak sesen utk repair MPV...mau botak kepala myBie nak cari RM80k. Dan kerana itulah sehingga sekarang saya masih fobia utk bawa kereta. Takat nak ke kedai dekat2 bolehle. Dan sbb itu jugaklah, saya jadi sungguh skema, naik kereta terus pakai seat belt. Skema seh..
7) BAWAK MOTOR BESO!
Merasa bwk motor besar VIRAGO abah 5 tahun lepas. Waktu tuh Jua ni ala2 lasak gitu, suka motor, suka mekap2 motor kasi smart - ada duit tukar tayar, tukar rim, tukar seat, tambah sticker. Bila abah ajar bawa Virago, selalu le curi2 bawa Virago tu bila abah gi kerja. Akibatnya, sbb abah sayang saya (seperti ayat diatas), abah jual Virago..takut saya jadi cam Erra Fazira & MAZNAH. HAHAHA..
8) TENGOK ABAH JELOUS
Sumpah tak pernah tgk abah jelous gn saya. Tapi, itulah kali pertama saya tgk muka abah sangatlah jeles gn saya bila myBie dtg secara tiba2 ke rumah, bawak popiah..nak minta izin berkawan(lom kapel lg ek) gn saya. Tak pepasal, nak dekat seminggu gak merajuk tak ckp gn Jua. Ni kes takmo kongsi kasih syg le agaknya.
9)MASUK SEKOLAH PONDOK
Tolong jgn tak caye, Jua pernah sekolah agama pondok yer. Dari tingkatan 1 - tingkatan 3. Mak rela tak rela je hantar gi sekolah pondok. Mana taknya, saya kena seterika baju guna seterika arang, mandi guna air generator (air dr bwh tanah), tidur atas pangkin panjang.Tapi saya gembira sbb seawal umur begitu, saya belajar berdikari dan erti susah. Saya keluar sekolah pondok sbb dpt gred F dlm bahasa Arab. Apodah, sekolah agama tp tak reti bahasa Arab. Ceit!
10)GOOD NEWS
Conclusion...semua berita baik keluar dari mulut myBie adalah my most SIGNIFICANT 1st times. Ayang, bie naik gred, bie naik gaji, bie naik elaun, bie nabawak gi bercuti, bie nak beli rumah, bie nabelanja mkn besar..semualah =)
this tagging game goes to:
mami hafiy, mrs noba, mama ryan, lana hQ, mommysarah, cikpuanmuda, fatin-emir.
-
|