sepanjang myBie kat darat, kami sempat mencuba bermacam2 jenis Ramadhan buffet. Dah kira mcm aktiviti mencari Ramadhan Buffet yg best & sedap.
Asam Pedas@The Curve
Kalau teringin hidangan kampung, wajib dtg ke Asam Pedas@The Curve. Sangat berbaloi. Yg mmg menjilat jari adalah masak asam pedasnya, setanding dgn masakan org Melaka. Ada ulam-ulaman, gulai kambing, terung masak sambal, ayam pandan, fish-ball soup, bubur, nasi dagang, nasi minyak, kuih-muih...nak bgtau satu2 jenuh ler. Rugi tak cuba..cuma RM38/pax
(takde gambar sbb ralit makan)
Marche@The Curve
Pertama kali kami cuba Ramadhan Buffet kat Marche. Saya makan hampir kesemua yg ada. 3 kali tambah cheese oyster, 5 kali tambah udang bakar & grilled salmon. Lahap sungguh. RM50/pax. Kalau members RM45/pax. Air bayar asing.
Hint: sila melahap lepas solat maghrib. baru puas makan.
Winter warmers@The Curve
yg ni bukan psl Ramadhan Buffet. Kadang2 naik angin bosan lepak kat Starbuck atau Coffee Bean, kami pindah selera ke winter warmers. Highly Recommended. Iced tea kat sini mmg boleh wat meleleh air liur. Saya dah cuba semua iced tea. Best..
iced peach tea - 5 bintang
ada jelly rasa peach dlmnya
iced orange tea - 3 setengah bintang
tak rasa tea sgt, lebih pd rasa orange
iced mixed fruit cocktail - 5 bintang
paling sedap dan best.
iced rose tea - 4 bintang
iced lemon tea - 4 bintang
me > harini takde mood nak masak. nak berbuka kat ayam penyet, pastu lepak kat winter warmers. daa~
-
|