FYI, this is the last year story...
A week before raya, i received a call from myBie..."bie tak dapat balik raya, so bie terus amik flight ke Alor Setar. Ayang raya dulu kat Jitra tau". OK..FINE!!! My mood raya waktu tu terus ZERO, merah mata hitamku. Kenapa? Sebab itulah raya pertama kami tiga beranak - myBie, Faris & me. Patutlah takde seru suruh saya beli baju raya utk tahun lepas.
Kami sekeluarga bertolak ke Kedah dlm pukul 3 ptg (sehari sblm raya). Naik 2 kereta - kereta abah & kereta saya. Waktu ni barulah saya dpt aura RAYA, lebih2 lagi bila kat radio keluar lagu "Balik Kampung".
Bila nak sampai Tol Juru, Abah hantar text "kita masuk Pulau jap sbb abah nak jumpa kawan". Sepatutnya kami berbuka dgn Atok & saudara2 kat Jitra, tp sbb abah nak jumpa kawannya..planning berbuka kat kampung cancel.
Mula2 saya ingat abah nak jumpa kawannya yg mmg tinggal kat Pulau, tp abah melencong ke Airport. Terus saya call abah,
"nape gi Aiport".
"kawan abah tunggu kat airport, kita buka kat sana & semayang terus".
"kawan abah yg mana satu ni?"
"kawan lama abah, dah lama abah tak jumpa"
Sampai je kat Airport, kami berempat yg naik kereta saya (zehan, alia, faris & saya) tunggu je dlm kereta...abah, mak & adam turun masuk balai ketibaan. Saya tunggu..tunggu..tunggu..tunggu..sampailah nak masuk satu jam. Tapi si kawan abah tak muncul2 gak. Eh, panas gak hati ni sbb dah rindu kampung. Bila saya tanya Adam mana kawan abah, Adam jawab "kawan abah tak sampai lagi dari Terengganu". Wehhh, pehal naya nak tunggu kawan abah dari Terengganu ni...byk peel ler plak. Saya tgk mak dgn abah duk melekat depan screen jadual penerbangan. Dgn rasa yg kurang puas hati, saya tanya:
"tgk apa ni? nak berbuka dah ni..nak makan apa?"
"patutnya kawan abah dah sampai dr terengganu, taktau ler kenapa lambat sgt. hang pilih je nak mkn apa kat sini, kawan abah belanja"
"baiknya kawan abah nak belanja"
"a'ah"
tiba-tiba.....
cop2...bukankah suami tercintaku itu 'kerja luar' kat Terengganu? Dan kenapakah aku yg diberi keutamaan utk pilih tempat berbuka? Dan mengapa abah dan mak beria-ria duk menempek kat screen ketibaan?
Aihh, ini sudah kes lain!! Saya dapat rasa 'kawan lama abah' itu adalah myBie. Tapi takmo berharap, takut kecewa.
15minit kemudian, mak panggil suruh gantikan tempat abah tunggu 'kawan lama abah' depan pintu balai ketibaan sbb abah nak solat & mak pulak nak amik turn jaga Faris.
"muka kawan abah tu mcm mana? "(ayat nak perangkap abah)
"ada hidung, mata, kening, mulut mcm manusia ler" (aku yg terperangkap)
"camana akak nak tau dia kawan abah?"
"tunggu je sini, mak kat situ jek...nnt mak tunjuk kat hang ler mana satu kawan abah. abah nak gi solat"
Adam dtg nak tunjuk hero...
"sabar ek kak, sila kawal airmata hang" (sambil tepuk2 belakang saya)
*haaaa...aku agak dah, mesti ada sesuatu ni...mesti laki aku nak blk wat suprise (dlm hati xmau caya lagi ni)
Orang ramai dah keluar dr balai ketibaan..saya lak duk scanned muka setiap org yg keluar..kot2 lah ada yg saya pernah jumpa/nampak. Di kejauhan itu..saya nampak satu beg gabak yg agak familiar, ku kelip mataku berkali2..kemudian ku nampak perut itu..yaaa! perut itu dtg bersama senyuman dibibir. Wahahahha.... Laki aku balik raya, dia wat suprise!! Mak tak tahan punya, ayaq mata jatuh berlinangan (sambil kat fikiran duk terngiang-ngiang lagu 'Selamat Hari Raya')....seronok kemain. Hoo! 'kawan lama abah' ek, pandai ler wat kautim2 dgn abah & mak.
Sampai Jitra dlm pkl 10 malam, terus gi serbu butik yg masih buka sbb nak beli baju raya. Ambik!! last minute preparation...nasib baik ada yg berkenan walau kureng lawa.
Tahun ni....mak takmau ckp byk ler...cuti raya myBie dah minta awal tahun aritu, kita tgk jele ON ke tak.
-
|