OK!
Sebab saya gilakan kopi, saya gilakan Starbucks & Coffea Bean...atas pertolongan my sista, dia dapat jawapan utk entry saya semalam. Dgn berbesar hati (cewah!), saya nak kongsi dgn anda yg juga penggila kopi maklumat ini..
Moto: Gunakan tanpa WAS-WAS
Jawapan dari JAKIM (ini adalah maklumat yg SAH):
1. Salam, Cafe yang tuan nyatakan merupakan pemegang sijil pengesahan halal JAKIM yang sah. Namun, pihak tuan perlu pastikan premis tersebut mempamerkan sijil pengesahan halal JAKIM di premis bagi memastikan premis tersebut sudah mendapat pengesahan halal.JAKIM memberi pengesahan halal berdasarkan alamat premis dan bukan keseluruhan. Namun begitu, cafe Starbucks dan Coffee Bean di Malaysia secara amnya merupakan pemegang sijil halal yang sah. Terima kasih
Keywords saya: Tengok tanda HALAL, sbb tak semua cafe dpt tanda HALAL
2. Wassalam, Terima kasih untuk pandangan Tuan. Proses permohonan adalah penting agar JAKIM dapat mengawal semua syarikat dan pengeluar makanan agar dapat dipastikan mereka sentiasa komited halal. Industri makanan berkembang dengan sangat pesat di Malaysia samada secara teknologi moden, tradisional atau industri kecil. Adalah sangat sukar mengawal dan memantau status halal mereka jika maklumat mereka tiada di dalam pengkalan data carian JAKIM kerana produk baru dihasilkan sepanjang masa. Ini kerana proses menghukumkan halal dan haram sesuatu makanan bukanlah tugas yang mudah dan cara penghasilan produk juga semakin maju.Pengguna yang bijak disarankan menggunakan produk yang mempunyai sijil halal JAKIM yang sah atau Badan-Badan Islam Luar Negara yang diiktiraf JAKIM. Cafe Starbucks telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Harap maklum.
Keywords: Guna barang yg ada HALAL yg diiktiraf JAKIM
Itu je yg dpt saya bantu anda yg gilakan kopi mcm saya. Apalagi...mlm ni Starbucks ar.. Yeay!!
me >> adik, sbb hang tolong aku..aku banjer starbuck utk hang n 'teman tp mesra' hang.
-
|