Oh God! Akhirnya berjaya gak membuat hasil tangkapan kat Sri Munawwarah. Sudah berkali-kali gi, pulang dgn tgn kosong. Lepas solat Jumaat lepas, balik rumah dgn peluh je. Tak sempat nak tarik walau sehelai sbb yg tinggal semua dah tak cun.
Pagi Sabtu, i bangun awal semata-mata nak joined the crowd kat Sri Munawwarah. Berbekalkan harapan yg menggunung tinggi (nak rembat munaw), berdesup myBie bawa kereta gi TTDI. Sampai kedai dlm pkl 10.15, mata i terus terbeliak BESOR. Ingatkan i antara kelompok pembeli yg terawal, rupanya masih ada yg paling awal. Dorang ni buat khemah tidur depan kedai ke?
Bayangkan dlm pukul 10 pagi, tudung yg tinggal boleh dibilang dgn jari. Saiz pun yg tinggal L & XL. Tapi sbb takmo frust punya pasal, i rembat je mana saiz yg sesuai walau color dah tak cun sgt.
Itu belum tgk keadaan makcik-makcik, kakak-kakak duk berkampung dlm kedai. Siap bersila sbb nak tunggu stock baru masuk. Tinggal tak hidang air kopi dgn bahulu jek. huhu.. Dalam duk i tgh pilih tudung, stock baru keluar dlm 15 helai. Wow, berebut semua yg dlm kedai gi serbu. Cuba bayangkan..u tabur gandum kat tanah, ayam-ayam datang serbu berebut gandum. Gitu ler gayanya. I tak sempat nak rampas walau sehelai. Waaa~
Ada cun tak i? Gedik sungguh..
Bila i cerita situation dlm kedai tu kat myBie..myBie ckp 'natau sbb apa dorang wat
section closed utk kaum wanita je?'
Me 'why?'
myBie 'sbb dorang tanak bg para suami tgk perangai isteri-isteri yg tak TERKAWAL tu le'
Isk......
End up, i sempat grabbed 2 helai munaww utk diri sendiri.
Banyak? Itu semua i tolong belikan.
Nak tau sapa tuan punya munaww? Cuba teka ler..
Btw, i nak let-go 2 helai munaw yg i beli raya baru-baru ni. Baru pakai sekali je. Kalau ada yg berminat, email me : laveiinder@yahoo.com
Color: Orange
Size: S
Medium labuh & tak belah
RM65
Color: Pink
Size: M
Medium labuh & tak belah
RM65
-
|