Awal-awal pagi Jumaat yg hening dah bangun bersiap, konon kami nak bertolak awal sbb takut hujan waktu petang.
First Pit-Stop....
sempat singgah beli strawberrychoc kat kedai tepi jalan simpang ke CH
yummehhhh...
Kemudian perjalanan diteruskan..
Naik kematu punggung sbb jalan ke Gua Musang berlubang-lubang. Tiba di Kota Bharu dlm pukul 4.30ptg. Dan seperti yg dijangka..HUJAN!!
Malam tu, dalam hujan kami redah gak ke Wakaf Che Yeh. Borong tudung bawal. Sungguhlah aku jakun sbb byk sgt nama2 pelik utk tudung2 bawal...manjalara lah, airmata ikan lah, airmata kasih lah, bla bla bla.. Selama ni saya duk pilih nak bawal 1/2/3, nak yg ada berlian satu lapis/2 lapis, nak yg sulam.
Faris tidur selama 2 jam kami bershopping didalam keselesaan Snugg Mei Tai. tQ Snugg.
Hari Sabtu, hujan dari pagi sampai malam. Nak gi jalan-jalan pun tak boleh, makanya...saya menghabiskan duit dgn makan-makan.
Saya mmg gilakan Chinese cuisine. Saya cuba Restoran Oriental Halal Chinese Cuisine di Kota Bharu bersebelahan Hotel Ansar. Sedap!! & Murah!!
Utk 2-4 org, cuma RM50 - 4 nasi + 4 lauk (boleh pilih)
Saya pesan Siakap 3 rasa Chinese style, Kangkung goreng belacan, Beancurd Soup & Butter Prawn.
Sepatutnya kami ke Kelantan - Terengganu - Pahang. Disebabkan ramai sgt yg bagitau yg banjir dah mula naik, kami batalkan ke Terengganu & Pahang. Hari terakhir kat KB, saya berusaha cari 'benda' yg saya nak.
tak habis lagi penangan kasut hijau dia
Matlamat utama dtg ke KB semata2 nak beli keronsang/brooch emas. Brooch emas yg saya beli 4 tahun lepas dah hilang, saya terlupa mana letaknya sbb duk seronok pakai munawwarah. Haishh....
Saya ni jenis yg tak tahan pakai brooch lain (bila pakai bawah leher saja!), nanti naik ler gatal, merah2 n melecet bawah leher...sehingga menyebabkan mak & abah saya beranggapan yg 'bukan2' terhadap diriku ini. Tu belum lagi bila saya nak solat kat surau-surau, buka je tudung...terbeliak mata makcik2 n kakak2 melihat leherku ini seakan berkata 'wah!!! powernya suami dia'. Hadoiii! mak ni allergic keronsang ler...
Penutup:
Cuti-cuti Malaysia kali ni memang tak best sbb HUJAN. Gatal lagi nak pergi musim tengkujuh. Padan muka!
-
|