Sabtu lepas, dgn rasminya saya berjaya memecah rekod peribadi berjauhan dgn Faris selama hampir 6jam. Maknanya, Faris telah berjaya melupakan saya (terutama ne-nen) selama itu. Paling lama saya tinggalkan Faris adalah 2 jam, waktu tu Faris umur 7 bulan. Saya tinggalkan Faris dgn PIL sbb ada hal di Ipoh, tak sampai 1 jam setengah, FIL telepon bgtau Faris dah meraung mengamuk cari saya. Yg selebihnya, saya tinggalkan Faris bersama adik atau mak kurang dari sejam.
Puncanya Faris agak sukar nak tinggalkan saya saya agak sukar nak tinggalkan Faris adalah kerana Faris ni bergantung 100% dgn ne-nen. Dengan Pa pun Faris tamau duk lama2. Dia tak mau langsung botol (mak dah beli mcm2 jenis botol cuba, semua tak berfungsi). Kalau dah tamau botol, BM yg saya pump abis buang mcm tu je.
Ok! balik semula pasal 6jam tu. Saya tinggalkan Faris dirumah bersama MakTok, Wan dan makcik2...saya gi Alpha Workshop kat Hotel Continental. Saya cuma pesan kat mak, kalau Faris nak susu...cuba bancuh Pediasure bagi dia minum. Kalau dia taknak susu Pediasure, bagi je minum air soya yg saya beli berkotak2 dlm peti ais.
Selesai workshop, saya balik ke rumah....err, Faris langsung tak hiraukan saya. Saya terbayang2 ingatkan dia excited nak sambut ma balik, tp lain jadinya. Mak bagitau...
1. Faris makan byk (Good)
2. Faris main byk (Good)
3. Faris tak cari saya (VERY good)
4. Bila dah ngantuk, Faris mula cari saya utk ne-nen ( errrr.. )
5. Takmau minum susu langsung (not good..not good)
6. Bila terjaga dari tidur, nangis cari ne-nen ( adus)
7. Minum air soya tak henti2 ( Good )
Kesimpulannya, bila waktu nak tidur & terjaga di pertengahan tidur...Faris nak mulutnya disumbat ne-nen atau dia akan menangis sedu sedan. Saya akan cuba gantikan soya sbg substitute kpd susu. Fyi, saya dah cuba bagi isomil...tetap tak jalan. Cuma yg merisaukan, Faris takkan minum susu seharian kalau saya takde. Ok ke tak minum susu?
Februari tahun depan, saya kena gi Photocamp Candid Syndrome selama 3 hari 2 malam. Takleh bawak Faris. Macam mana le gamaknya waktu malam. Saya tak risau sgt siang sbb dia akan tidur gak tanpa susu dgn syarat didodoikan di bahu. Masalahnya, malam2 dia sgt bergantung pada ne-nen...terjaga mlm pun claimed ne-nen. Macam mana saya nak latih Faris terima botol? Atau saya buat selamba je tinggalkan Faris selama 3 hari 2 malam kat mak?
p/s: saya dah cuba bg susu dlm sippy-cup & botol straw....dia tetap taknak. Dalam otaknya cuma tau, sippy-cup & botol straw HANYA utk air masak/kosong.
-
|