Note: title entry ditukar (Sayang kasut) kepada title seperti diatas sbb mak tertarik dgn comment drpd ms lola. wahaha, tq babe..u bg i idea lor..
Beberapa hari lepas, saya nak bawak Faris turun main kat playground mycasa. Bila saya nak pakaikan selipar pada Faris...
Faris: ma, atit...atit (sambil tunjuk pada kakinya)
Me: Faris ckp cantik ke sakit
Faris: ouch..ouch..atit maaa.
Me: ok2, ma confuse sbb awk sebut cantik dan sakit lebih kurang sama.
Saya ambil kasut lain dan cuba di kaki Faris
Me: Sakit ke? (sambil pakaikan kasut lain padanya)
Faris: (diam)
Me: Yang ni sakit tak? (pakaikan selipar tadi)
Faris: atit..ouchhhhhhhhh (panjang ouch Faris kali ni)
Me: okey, ma faham dah. Sakit ek. Malam kang kita gi beli kasut baru ok. Kasut ni dah kecik ler ni.
Faris: (angguk)
Mujur Faris dah pandai bagi reaksi & bercakap. Kalau tak sampai ke sudah saya duk sumbat selipar tu kat kakinya.
Zehan bgtau ada satu kasut budak kat Crocs sgt cute & smart gila. Mula ingat nak tgk2 je Crocs yg Zehan bagitau tu..
kalau mmg cute & smart, mmg nak beli. Tapi, SA ckp dah abis stok.
Lepas tu kami bg Faris cuba satu kasut ni. Bila dapat pakai kasut tu terus mulut kecik Faris berbunyi 'oooo...antik'. Lepas tu habis satu kedai Crocs dia pusing nak cuba rasa selesa ke tak kasut tu. Bila dipanggil nak buka, buat muka eksyen kat saya. Sampai kena paksa semata2 nak buka kasut tu dari kakinya. Nak tak nak, saya beli juga utk Faris sbb tgk excited kemain bila dapat pakai kasut tu.
Persoalannya, hari ni dah masuk hari ke-4 dia buat perangai. Adoi, buat perangai takmo buka kasut tu dari kakinya.
Main pun nak pakai..
tengah tengok TV pun nak pakai..
Nak tidur pun nak pakai..
Tgh tidur pun nak pakai...
Bila dicuba buka waktu tgh tidur, confirm dia terjaga nak check kasut tu ada ke tak kat kaki. Bila dia tgk kasut ada kat kaki, boleh pulak sambung tidur balik..
Bangun je tidur pagi, terus minta saya pakaikan kasut tu padanya.
Tak kisah le Faris, ma pun terkejut tgk peragai awk yg sayang betul kasut tu. Terharu rasa sbb awak belajar menghargai sesuatu dan awak belajar nak jaga/sayang pada barang yg awk suka. Peningkatan yg bagus. Good boy.
Btw, disebabkan Faris dah takleh pakai selipar lamanya, saya nak let-go selipar tu..
RM25 (add RM5 for postage)
size UK4/US5
beli kat Singapore dlm RM70
pakai sekali sekala
still in good condition
Pushchair toys from ELC
RM40
guna cuma 4-5 kali sahaja
ada tanda hitam sikit kat kepala kucing
adjustable lock both sides
sesuai utk semua stroller
Helium party balloon (reserved)
RM80 (self-pickup)
dah pernah pakai separuh
1 tong helium gas (anggaran gas yg tinggal dlm separuh tong)
21pcs colourful balloons
1 roll ribbon
pls email me at laveiinder@yahoo.com
-
|