Dua aktiviti dibawah adalah hasil tuntutan saya kepada en.suami sblm dia naik 'kerja luar'.
Selain daripada kiszsport OU, pool & playground @ my casa..we had found a new spot for Faris' weekly activities.
Taman Layang-layang MRR2 (Sg Buloh - Gombak)
Puaslah Faris main kat sini, sbb kawasan luas dan ramai kawan. 'Teman tapi mesra' adik saya sempat beli layang-layang, katanya nak bg Faris main. Tapi saya tgk dia yg main lebih dan 15 minit lepas tu saya lak yg main layang-layang tu lebih2. Kalau tgn mmg takde skill, buat ler apa sekalipun..layang-layang tak naik gak. Kononnya, saya n myBie nak tunjuk power kat Faris, boleh bawa layang-layang naik..tapi hampes.
Akhirnya,Faris lagi berminat nak join satu family ni main bola. Lain kali kita dtg, ma bawa ball Faris ok! Lepas tu cepat2 belajar naik basikal roda tiga, ma boleh beli n kita leh naik basikal sama2 kat sana.
Tak sempat nak jengah ke tasik sbb dah masuk maghrib.
Saya rasa Taman ni ok gak kalau dijadikan tempat potluck kita nanti (Oh! jadi ke?).
Makan@Raju's
Penangan entry Lana buat saya tak sudah2 duk ulang cakap nak ke Raju pada myBie. Sebu dah gamaknya telinga myBie dgr.
Lana,
lain kali kalau nak wat entry bab makan, tolong jgn letak gambar. hehe.
Thanks to Lana sbb dgn rela hati sudi reply sms saya semata2 nak tanya Raju kat mana. Siap bg direction lagi.
Tapi, mak sesat barat gak laki bini. Pusing secerok PJ Hilton, masuk celah lorong sana sini, berhenti tanya bus driver kat stesen Putra. Keluar rumah pukul 10pagi sampai Raju 11.30...tak ke sesat barat namanya tu.
Bila jumpa je kedai, kami order roti canai,tosei, sotong goreng tepung, udang masak pedas dan ayam goreng. Lepas tu makan nasi pulak sbb baru teringat dah masuk tengahari. Nasib baik sedap, kalau tak..depan2 kedai tu saya nangis sbb penat sesat. heheh
roti canai
sotong tepung & teh tarik ais
tosei
nasi dan sayur
-
|