Saya senyum kambing dari saat myBie tukar matawang RM ke Rupiah. Lepas tu siap gelak setan lagi kat tengah2 departure hall, sungguhlah tak senonoh ibu anak sorang ni. Tetiba je jadi Jutawan segera. myBie hulur sejuta setengah suruh pegang sendiri masuk dlm wallet, mak boleh gigil2 tangan takut sbb tengok nilai matawang besar. Sungguhlah gila.. Isk.. End up, mak tak amik pun sesen, mak suruh en.suami pegang semua duit.
Dengan separuh menunduk kepala, saya mengaku yg saya ni lemah ilmu kira-kira. So, bila nak beli barang terus saya panggil myBie. Celaru otak mak nak buat kira2 rupiah ke RM. Ada ke patut bila nak masuk tandas, dorang minta 1000 rupiah..mak boleh terjerit 'mahalnya'. Nampak tak betapa hampesnya saya dalam ilmu kira2.
Kami join SUTRA tour group. Sampai Jakarta, BUMIPUTERA tour group amik alih. Pergi naik flight KLM, gila best & selesa dari MAS. Duit langsung tak keluar bila tiba bab makan. Sampai sebu perut kami. Restoran2 yg kami pergi kesemuanya restoran 4bintang. Tak ulang makan di restoran yg sama, Kami dihidangkan makanan dr Jawa Barat, makanan padang, makanan Sunda, makanan Indo-Cina & makanan seafood.
Breakfast selama disana, semuanya di Hotel. Kemudian dorang bawa gi makan tengahari dlm pukul 12 atau pukul 1 bergantung pada jadual kami habis shopping. Dan, makan malam pukul 7. Lepas makan malam, terus masuk hotel. Sebelah malamnya mmg kami takde aktiviti sbb dorang nak bg kami rehat yg cukup sebelum bertempur tenaga bershopping esok harinya.
Nak sebut satu2 tempat saya shopping & cuci mata mmg confirm mak tak ingat semuanya. Jenuh nak ingat sbb merata2 dorang bawa kami di Jakarta & Bandung. Layan gambar je lah...
-
|