Jua
http://juazlan.blogspot.com/
-------------------------------------------------------------------------------------------------
cik_yan
http://apapaje.blogspot.com/ 3 Januari 2009
Puan,
Meminta kebenaran mengakses akaun blog anda
Merujuk perkara diatas, saya dengan merendah dirinya memohon pihak puan mempertimbangkan segala ciri-ciri keistimewaan yg ada pada diri saya utk melayakkan saya mendapat akses untuk membaca catatan papan kekunci komputer hasil luahan hati sehari-hari puan.
2. Untuk lebih tragis, saya dengan berbesar hati mengaku bahawa hari-hari saya tidak akan seindah dulu sekiranya saya tidak dapat membaca catatan papan kekunci puan. Kasihanilah saya.
3. Sehubungan itu, saya berharap pihak puan sudilah kiranya menerima saya sebagai salah seorang pengakses tegar untuk blog puan.
Saya berharap agar pihak puan tidak akan sesekali menghampakan harapan saya. Atas kesudian puan memberi akses tersebut, saya dahulukan dengan nyayian 'Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan cik_yan...Allah selamatkan kamu'. Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
tandatangan Jua
(Jua)
Tuan empunya blog Juazlan.
|